DrHouz

Dasar Privasi

Kemaskini terakhir: Jun 2026

DrHouz dikendalikan oleh DrHouz Digital Technologies (LA0090908-H). Kami komited untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia.

1 Maklumat Yang Kami Kumpul

Kami mengumpul maklumat berikut semasa pendaftaran dan penggunaan platform:

  • Nama penuh, nombor kad pengenalan (IC), dan nombor telefon
  • Alamat emel dan maklumat akaun bank (untuk Ranger)
  • Lokasi daerah dan negeri perkhidmatan
  • Butiran permintaan kerja yang dihantar

2 Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Anda

  • Memproses pendaftaran dan pengesahan akaun Ranger
  • Memadankan permintaan kerja dengan Ranger yang sesuai
  • Menguruskan pembayaran dan rekod transaksi
  • Menghubungi anda berkaitan perkhidmatan atau kemas kini platform

3 Perkongsian Maklumat

Kami tidak menjual maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga. Maklumat hanya dikongsi dengan pihak yang terlibat secara langsung dalam penyampaian perkhidmatan (contoh: Ranger yang ditugaskan), atau apabila dikehendaki oleh undang-undang.

4 Keselamatan Data

Kami mengambil langkah-langkah teknikal yang sesuai untuk melindungi maklumat peribadi anda daripada akses tanpa kebenaran, kehilangan, atau penyalahgunaan. Walau bagaimanapun, tiada sistem yang boleh dijamin 100% selamat.

5 Hak Anda

Di bawah PDPA 2010, anda berhak untuk:

  • Mengakses maklumat peribadi anda yang kami simpan
  • Membetulkan maklumat yang tidak tepat
  • Menarik balik persetujuan pemprosesan data pada bila-bila masa

Untuk membuat sebarang permintaan, hubungi kami di biz@drhouz.com.

6 Perubahan Dasar Ini

Kami berhak mengemas kini dasar privasi ini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan akan dikuatkuasakan sebaik sahaja dipaparkan di halaman ini. Penggunaan berterusan platform ini selepas perubahan bermaksud anda menerima dasar yang dikemas kini.

⚠ Sekiranya terdapat percanggahan antara versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam dasar ini, versi Bahasa Melayu adalah dirujuk dan digunapakai.

Soalan berkaitan privasi? Hubungi kami di biz@drhouz.com